Jauh di fikiran mungkin terbayangkan cita-cita dan impian yg mungkin tercapai..
Malah jauh di satu sudut mungkin terungkap satu ketidakpastian tentang kehidupan..
Hari ini berjaya dan senyum mungkin esok menangis dan gagal..
Impian dan cita-cita yang makin lama makin jauh..
Mungkin kita lupakan kisah-kisah yang sedih jauh disudut fikiran yang mungkin dapat mengajar kita tentang jalan mengejar impian..
Kita lupa..
Ada yang bangun dari kegagalan dan ada yang tumbang akibat gagal..
Adakah kita berada dilandasan yang betul untuk mencapai cita-cita dan impian??
Dan adakah impian atau cita-cita lahir dari hati kita sendiri?
ataupun wujud disebabkan orang lain...
Renungkan apa yang kita mahu..
No comments:
Post a Comment